Friday, December 5, 2008

SURAH AL-MU'MINUN


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

2. Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi

11. Yang kan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

No comments: