
 SURAH AL-ZALZALAH (99)
 SURAH AL-ZALZALAH (99)1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): “apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya;
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahkan (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya)!
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya)!
 
 
No comments:
Post a Comment